ABOUT LINKS TAG
about


I'm a little cookie, yes i am and i was made by the cookie man and on my way from the cookie pan. a little piece broke off of me but i can taste just as good, uh-huh as a regular cookie can.


Demam Bola Yang Berkekalan // Wednesday, June 13, 2012
4:31 AM
Assalamualaikum....


Haha!Tah mende mende la quotes yang berada di atas langit tu.Sebenarnya,ada virus melekat kat badan saya.LAZINESS!Pelbagai benda saya malas.Sekolah dengan kerja sekolah adalah benda yang utama.Utama yang malas.Tapi bila tengok bola boleh pulak.Memang la....

Sekarang nih wabak bola dah melanda.Apatah lagi EURO!Saya memang suka bola,tapi tak de la fanatik sangat macam Queen saya.Queen??Saya ada Queen??Of course lah ada.Ibunda tersayang.Walaupun dia Queen,tapi dia minat gila tahap gaban kat bola.Apatah lagi kalau favourite team dia yang main.Favourite team dia yang utama adalah Kelantan.

Kalau orang tengok bola,adatlah kalau ada sesi jeritan yang terhebat.Tapi,selalunya jejaka yang suara paling hebat sekali.Tapi dalam situasi saya sekarang ni ialah Queen saya.Dia kalau lontar suara mengalahkan ayah saya.Ayah saya tak boleh kalahkan dia.Pernah sekali tu,Queen jerit....Subhanallah!!Satu lorong boleh dengar.Sampai jiran sebelah pun turut serta join dermakan suara.Kononnya sarcasm lah!Ok gak tu!Gempa bumi la penamatnya!Bila bola tak masuk gol,buat muka seposen,tak pun pukul peha sampai biru.Tak ke perit tu?Umi Umi....

Saya suka semangat ibunda tercinta.Semangat dia terhadap sukan amatlah hebat!Walaupun di mana dia berada,dia akan jerit jugak sekiranya ada perlawanan bola.Walaupun kat restoran.Fanatik,fanatik jugak.
Tanggungjawab dia sebagai isteri dan ibu kepada anak anak tidak akan dia lupakan.Ayat BM!Ada masa,
dia akan berubah.Kejap jadi ibu,kejap jadi isteri,kejap jadi penjerit gol yang Awesome!

Saya pun kena buat homework pulak.Patutnya buat homework dulu.Baiklah!Sampai di sini je lah.Kering ilham.Sekian dan Wassalam manusia!

Dimana ada gol,
Disitu ada Queen saya!