ABOUT LINKS TAG
about


I'm a little cookie, yes i am and i was made by the cookie man and on my way from the cookie pan. a little piece broke off of me but i can taste just as good, uh-huh as a regular cookie can.


Sadness Is Coming! // Thursday, June 21, 2012
7:29 AM
Assalamualaikum...


Yeah!I'm back!

Tajuk Post ->Tak sesuai dengan nama blog
Gambar ->Tak sesuai dengan mood saya sekarang.(Please try harder to smile Little Girl....)

Hari ini saya rasa sedih sesangat.Rasa macam nak nangis je.Kenapa?Pasal tak dapat main phone.Haha.Just kidding!Tak kan lah tak dapat main phone menangis kot.Saya bukannya budak budak lagi nak menangis bagai penuh satu besen.Saya dah matang,kot!Dalam proses.

Sedih cara matang lain sedikit caranya.Orang yang dah matang tak tunjuk sedihnya.Sedih dia dah kena sorok dengan bunian.Macam saya,tapi saya tak kata yang saya dah matang.Ada ke saya cakap erk?Memang lah,sekarang saya tak tunjuk.Bila hari yang tak nak dinanti walaupun akan datang sampai,saya akan tunjukkan kesedihan saya yang dah terpendam ni.Dah busuk dah pun.Macam bau tahan kentut 10 tahun.

Tapi kenapa saya perlu bersedih bagai nak rak ni erk?Memang lah perlu!!Kebanyakan kengkawan saya dah tinggal saya.Kenapa diorang harus tinggalkan saya.?Kenapa,kenapa,kenapa?Dah lah diorang tu semua baik belaka.Comel pula tu.Bila diorang hilang dari hidup saya yang 'Always Joyful' ni,hidup saya jadi bosan dan jadilah 'Always Sadness'.

Walaupun diorang dah lenyap secara langsungnya,saya tetap akan cuba senyum.Tapi bila kita nak try cuba senyum,bala datang balik dah.Seorang hamba Allah @ kawan saya yang bernama Athirah Rahim ni pulak nak pindah.Kenal tak Athirah Rahim?Mesti korang kenal kan.Tipulah kalau korang kata tak kenal.Dia kata dia nak pindah Kuantan la pulak!!

Saya sayang sesangat kat diorang.Siapa tak sayang kawan kan.Diorang baik sangat kat saya.Bila saya tak siap kerja sekolah,saya copypaste dengan diorang je.Selain jadi pelajar dekat sekolah,jadi copycat separuh masa.Yang tu wajib.

Bila saya ada masalah,saya akan cerita dengan diorang.Ye lah,kita lebih banyak cerita masalah kita dengan kawan-kawan kita berbanding keluarga.That's the fact!Kalau saya rasa ada rahsia yang nak disimpan bersama,saya cerita lah kat diorang.Nasib baik diorang ni bukan mulut lembik @ mulut tempayan!

Diorang kawan saya yang best.Tapi,yang best tu lah nak pergi dari hidup saya yang serba biasa ni.Kalau diorang hilang,rasa macam ada yang kurang je.Tak lengkap.hidup saya.Kalau saya marah,diorang yang hiburkan saya.Ya Allah,kau kuatkanlah hambamu yang lemah ni.

P/S :Tak apa,kalau ada jodoh,Insya-Allah kita akan jumpa semula.