Love My Friends ft. PBS Is Pretty Bored! // Wednesday, September 19, 2012
|
6:53 AM |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Hari hari saya pergi ke sekolah.Kadang dengan hati rela, selalunya rela terpaksa.Saya pergi sekolah dengan tujuan belajar subjek yang saya suka dan jumpa kawan2.Sekolah tidaklah terlalu teruk sehingga PBS datang dengan muka tak malu pasal anda tidak dijemput langsung datang ke hidup saya.Hidup saya menjadi serabut perut apabila PBS terbit dalam hidup.PBS lagi menyerabutkan kepala otak saya berbanding peperiksaan! Awal tahun kerja sekolah ada tapi macam tak ada.Pertengahan tahun pula kerja sekolah ada tapi kejap saya sedar ada kerja sekolah,kejap saya tak sedar.*Saya tak tahu kerepek apa yang saya tengah makan sampai ayat macam budak tak belajar* -_-' . Dah nak habis sekolah, kerja sekolah dah gaya menara KLCC.Sebab cikgu terkejar-kejar nak buat PBS sampai habis.Minda,emosi dan fizikal kami telah diganggu dengan hebat! Walaupun PBS muncul dalam hidup saya,saya yakin pasti ada hikmah di sebaliknya.Saya rasa PM buat macam ni mungkin untuk masa depan saya dan kawan2.Tapi serius saya kata,PBS memang melemahkan semangat saya nak belajar.Tidak percaya?! Percayalah anda dan kalau anda tidak percaya.....ikut suka jantung anda! Kalau saya stress dengan PBS tu, *Kenapa banyak sangat perkataan PBS kat sini? Gemersik Kalbu lah!!!* saya ada kawan2 saya yang awesome on their way.Mereka akan ketawakan saya dengan perangai selenga dan lawak ala ala morons diorang.Morons diorang pun, diorang budak pandai tp lawak diorang yg ting tong. Tahun ni saya dapat ramai kawan.Punyalah seronok tahap gaban! Tapi,ramai kawan saya pergi meninggalkan saya.Korang pakat2 ramai nak tinggalkan aku erk?Absolutely korang tak ada niat macam tu.Saya tahu.Tapi Allah nak nak bagi korang peluang yang lagi besar dengan masuk sekolah berasrama penuh dan MRSM.Masa depan korang akan lebih cerah dan terjamin.Tell me goodbye ~~~~ :') MOOD -> Kekeringan idea melanda dan saya rindukan kawan2 saya. Assalamualaikum dan Selamat Tidur pd Waktu Malam....... |


Older entries