Sunday Morning Rain is Falling ... // Saturday, November 3, 2012
|
6:31 AM |
![]()
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ...
Bila bulan November, musim hujan dah mai dah. Bulan Disember lagilah banjir kan. Today, saya nak cerita pasal hujan. Yeah, banyak sangat nostalgia bersama hujan yang penuh rahmat. Kampung saya dekat Kelantan, so bila musim hujan, saya boleh menyaksikan fenomena banjir. Kesian jugak tengok diorang yg kene banjir ni. Habis semua rumah diorang kene naik air. Air pun bukannya dikategorikan sebagai bersih.
Hujung tahun, saya balik Kelantan pasal cuti lama. Tiap-tiap kali balik, mesti air naik pasal hujan turun tak henti-henti. So, saya duduk terkurung dalam rumah, landing macam harimau melepak kat pokok. Nak main fb, line macam beruang koala. Putus angin nak main fb. Kengkadang tu, tengok budak2 kampung main hujan kat luar tingkap. Saya ingat nak join sekali, memeriahkan suasana, tp mak tak kasi. Kempunan !
Rumah atuk saya tu tak naik air sampai rumah. Rumah atuk saya tinggi. Tapi atap selalu bocor. Mungkin atap rumah ni diperbuat drpd kertas kot. LOL! Kene sediakan besen kat bawah, tercetuslah muzik yang tak berapa nak ikhlas nak dengar. Dahlah dengan bunyi hujan, tv wajib tutup pasal kalau bukak pun satu ayat yg annoying je lah yang keluar. " An error occur because due of rain. " . Eh , yeke macam ni ? Lebih kuranglah.
Baju jangan cakaplah. Banyak yg tak kering. Sampai dah habis baju kat almari. Macam mana nak kering, hujan memanjang. Oleh itu, mak saya suruh saya jimatkan pemakaian baju. Baju dan seluar semalam boleh pakai lagi untuk esok. Bila hujan je lah. Mak saya pun takde lah penat sangat.
Air nak mandi macam ais batu. Sejuk giloks! Nak jejakkan kaki ke lantai bilik air pun dah goosebumps. Bak kata adik saya, "bergetar-getar lutuk adik" . Boleh pulak ada vibration kat situ. Adik adik ... Saya ada mintak permit drpd mak sebab saya nak masak air panas, untuk mandi. Tapi, permit saya tak diluluskan. Mak kata " mengada-ngada nak mandi air panas, macam budak kecik, mandi je lah dengan air batu tu."
Bukan waktu nak mandi je, waktu nak tidur pun sama je. Rumah atuk saya tu tinggi and banyak pokok kat keliling rumah. Memanglah vibration melanda kan. Selimut tebal lemak penguin pun, kalau dah sejuk menggigil jugak. Sebelum tidur, saya kene masuk bilik air dulu. Nak basuh kaki, gosok gigi, kencing dulu. Mana tak sejuk kan. Walaupun sejuk, kalau dah mengantuk, selak jugak kat tilam tu.
Saya rasa takat sini jelah post saya hari ni. Mata pun dah pelik semacam. Berat semacam je .... Patutlah !!
Dah pukul 10 rupanya. Okeylah. Saya stop sampai sini dulu.
Assalamualakum dan Selamat Malam .....
|


Older entries