Random Title .. It's Up To You! // Sunday, January 13, 2013
|
4:55 AM |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ...
Tajuk?? Takde kena mengena pun. Tak tahu nak buat tajuk apa, bantai je tajuk apa. Hehe, rumah saya dah ada astro. Dulu, sebelum ada astro, tak pandang tv pun takpe. Tp sekarang, tv lah arah tuju destinasi pertama selepas bangun tidur. Dah piring beyond punya pasal. Remote tv pun dh berebut. Dulu, lelong kat orang rumah, siapa nak remote. Buat tak tahu jek. Hanya kerana piring, berebut remote macam ayam nak makan.
Umi nak tengok berita. Sama gaya je dengan nenek kat kampung. Berita yg ulang pagi tadi pun nak tengok gak. Hmm -,- Si Ayah pulak nak tengok sukan. Bapak boring nya!! Kitanya jenis tak berapa minat dengan sukan, buta sukan. So, tengok tv secara menkhinzir buta. Kalau tak sukan, tengok movie. Hehe, yg ni kita celikkan mata lah. Kalau bab movie ni saya suka. Armageddon dengan 2012 dah tengok. Boleh katakan semua movie dh tengok.
Saya dengan adik saya, hehe, tengok kartun. Walaupun dah berusia 14 tahun, tp jiwa ni masih jiwa kartun. Yeehaa! Lantaklah orang nak kata tak matang pun, selagi jiwa kartun ni still ada, gunakan sebaik mungkin. Saya selalu tengok Cartoon Network. Saya suka The Adventure Time with Finn And Jake dan saya suka The Amazing World of Gumball. Diorang sangat comel dan kartun yang paling pelik yg pernah sy tengok.
Pasal tv, dah habis! Pasal sekolah, semua nampak biasa je. Kecuali umur saya yg menambah. Saya dh form 2!! >_< So, saya ada junior form 1. Ada jugak usha, kot kot ada yang hensem ke comel ke, boleh kenal2. Nak buat adik angkat?? No way!! Tak main lah berangkat-angkat ni. Tahun ni pelik sikit. Yang lelaki, muka mcm budak darjah lima, kecik, pendek. Yg perempuan, matang, besar, tinggi. Terbalik pulak!
Kalau boleh, nak lagi bercerita. Al maklumlah, naib johan pertandingan bercerita. Chitpodaahh!! Naib johan pun nak berlagak. Peringatan untuk diri sendiri. Sebenarnya, saya sedang bertarung di Perang Dunia ke 2. Eh?? Saya sedang bertrung dengan selsema. Habis berair hidung, kalau dah berair namanya hingus. Ntah berapa kotak tisu dah habis. Bersin jangan cakaplah. So, saya pun nak berehat.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
|

Older entries