ABOUT LINKS TAG
about


I'm a little cookie, yes i am and i was made by the cookie man and on my way from the cookie pan. a little piece broke off of me but i can taste just as good, uh-huh as a regular cookie can.


Urgh! Homework! // Monday, February 11, 2013
5:41 AM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Gambar tu saya lukis sendiri ye. Tulah muka saya bila jumpa crush saya. Tapi, takdelah sebijik macam tu. Anak mata saya tak boleh terbentuk jadi bentuk love. Lebih kuranglah muka saya dengan kartun tu. Comel, kan? Haha, isi bakul angkat sendiri. Saya guna Microsoft Paint je. Nak guna Photoshop, Photoscap mende alah tu memang tak reti. Kita ni bukannya celik IT sangat.

Oh ye, terlupa something...

Happy Chinese New Year!
Saya cuti seminggu! Tapi kerja sekolah macam lama sangat kitorang cuti. Memang banyak. Boleh katakan semua kerja sekolah ada. Tapi, kadang kadang bersyukur gak kerja sekolah ada. Sebab cuti tak pergi mana mana pun. Duk rumah je kot, jadi kerja sekolah ni bolehlah mengisi masa lapang. Daripada makan tidur makan tidur, better buat kerja sekolah yang berlambak tu. Berat badan pun takdelah naik. *sedang diet*


Muka saya bila dapat kerja sekolah yang setinggi ombak tsunami 10 meter. Hadoyai, ambo penatlah cekgu!! Stress tak sudah sudah. Btw, sepupu saya datang rumah cuti ni. Yeah! Agak seronok walaupun semalaman je kat rumah saya. Kerja sekolah tak sentuh lagi. Ingat nak sentuh kerja selepas sepupu balik ke rumah dia. Mana boleh buat kerja sekolah masa sepupu ada. Tak siap jawabnya!

Saya nak pergi main dengan sepupu tersayang dulu. Walaupun dah Form 2, jiwa bermain masih ada.
Assalmualaikum dan Salam Sejahtera...