Ramadhan Al-Mubarakah // Tuesday, July 23, 2013
|
3:51 AM |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ...
Salam Ramadhan! Walaupun dah berbelas hari berpuasa, dan lagi nak ucap, kan? Masih lagi bulan puasa. Mula-mula nak puasa haritu, agak excited sebenarnya. Puasa ni seronok. Pahala berlipat kali ganda.Tapi, saya agak penat sebab saya selalunya lembik masa bulan puasa. Tp takpe, sebab saya boleh kuruskan badan sikit. Saya boleh nampak perubahan pada diri saya bahawa badan saya sedikit susut. Yeah!! Seronok sangat. Baju raya confirm muat. Terlebih besar mungkin.
Masa bulan puasa, kelas petang kat sekolah dibatalkan. Kalau boleh dimansuhkan pun takpe. Ko-kurikulum takde, so goyang kaki depan mesin jahit je kat rumah. Hari Rabu kitorang balik pada pukul 1.20 tengah hari. Takde ko-kurikulum, balik awal lah kannn. Sebab selalunya kitorang balik pukul 2.40 petang, kadang-kadang pukul 4.00 petang. Tapi, kelas pendidikan jasmani takde. That was so pathetic!
Puasa tahun ni agak pelik sikit pasal family saya tak selalu pergi bazar Ramadhan. Tahun lepas, boleh dikatakan tiap-tiap hari pergi bazar. Kehairanan jugak. So, kitorang beli apa yang ada kat kawasan perumahan tu. Tak berapa seronok sebab tak boleh naik kereta pergi bandar. Naik motor je. Tapi bila berbuka, tembak bedal bantai apa yang ada depan mata. Lapar tahap kritikal punya pasal.
Bila hari sekolah, penatlah sikit hari tu. Tapi, takde la sampai pengsan ke, pitam ke macam orang kena darah rendah. Sekolah kitorang ada mesin air gedegang. Saya tak tahu apa nama mesin tu, so saya tulis je lah mesin air gedegang. Alaaaa, yang mesin air tin tu. Masukkan duit seringgit, tekan air apa yang nak, air pun jatuh *gedegang*. *Kiranyaa, ni lah asal usul nama mesin air gedegang*
Tiap-tiap kali lalu lalang, gi mari gi mari depan mesin tu, pandang je lah yang mampu. Nak beli, haraammm. Nak beli bolehh, tp jangan minum. *Ermm, sedapnya air jagung* Lagi tergoda lagi ternoda, bila budak budak Cina dengan budak budak India beli air dekat mesin tu. Air tin yang segar lagi sejuk jatuh dari mesin dan diiringi dengan asap sejuk dan bunyi yang harmoni. Gedegang! Aku rindu nak tekan button kat situ!
Act, ada banyak benda lagi nak cerita. Tapi, kemalasan dah mengalir dalam badan. Ni pun dah nak berbuka ni. Next entry pulak. Hahahaha. Assalamualaikum .... *Happy Iftar!* |


Older entries